WHITESNAKE WORLD TOUR 2011 LIVE IN MALAYSIA

Konsert Whitesnake Di Stadium Negara 30 Oktober
Kumpulan rock veteran British, Whitesnake yang ditubuhkan pada tahun 1977 oleh vokalis mereka, David Coverdale akan mengadakan konsert pertama mereka di Stadium Negara di sini pada 30 Oktober ini pukul 8.30 malam.
Konsert yang diberi nama Whitesnake World Tour 2011 – Live In Malaysia yang dibawakan oleh penganjur pertunjukan pentas, Midas Production itu akan mengenakan tiket-tiket berharga RM358, RM258, RM158 dan RM98.
Menurut sumber tidak rasmi mengatakan pada konsert yang akan mengambil durasi persembahan mencecah dua jam itu Whitesnake akan menyanyikan lagu-lagu lama dan baru mereka seperti berjudul Ain’t No Love In The Heart of the City, We Wish You Well dan Slide It In.
Menariknya pada konsert itu, Whitesnake akan tampil dengan anggota-anggota asalnya seperti David Coverdale (penyanyi), Doug Aldrich (gitar) serta empat lagi anggota iaitu Reb Beach (gitar), Brian Tichy (dram), Michael Devin (bass) dan Brian Ruedy (keyboards).
Kehadiran Whitesnake itu sempena siri konsert bergerak mereka di seluruh dunia di mana ia meliputi 34 persembahan di Amerika Utara, 26 (Eropah), 8 (Amerika Selatan) dan 9 (Asia) di mana selepas Kuala Lumpur kumpulan itu akan meneruskan konsert di Singapura pada 1 November ini.
Sebarang pertanyaan atau pembelian tiket sila layari laman sesawang www.ticket.com.my atau www.airasiaredtix.com dan talian 03-78807999 bagi menyaksikan konsert kumpulan ini yang terkenal dengan genre muzik rock sejak hampir empat dekad lalu.

Artikel yang berkaitan



1 comments:

Anonymous said...

Ticket boleh dibeli dari www.Ticketpro.com.my

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...