SAFEE SALI DIRISIK KELAB GERMAN?






Safee Sali ketika ditemui oleh wartawan Astro Arena di Shah Alam. (GAMBAR di ambil dari Video ”Safee Sali dirisik kelab Bundesliga Jerman” oleh Sokernet.
Penyerang sensasi Malaysia dan kini salah satu penyerang terbaik untuk Malaysia, Mohd Safee Sali kini dikhabarkan dirisik kelab Jerman atau salah satu kelab dari Bundesliga.
Safee Sali, yang berumur 27 tahun dijumpai oleh Astro Arena dan memberitahu yang Safee dirisik satu kelab Jerman. Kelab itu sudah menghubungi Safee dan Safee kini sedang memilih sama ada untuk berjumpa bersama kelab Jerman itu atau ingin kekal bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya. Safee juga memberitau yang Kelab itu sudah lama memburu Safee sejak pasukan Harimau Malaya menjulang juara Piala AFF Suzuki tahun lepas.
Kelab Jerman itu sudah pun memberi tawaran kepada Safee, tetapi Safee tidak tahu lagi keputusan dia untuk sama ada pindah ke tanah air Jerman atau kekal di Karawang, Indonesia.
Safee yang ditemuai di Shah Alam, Selangor dan turut menambah bahawa tawaran ini wujud selepas Safee membantu squad Harimau Malaya memenangi Piala AFF.  Safee menjadi penjaring goal terbanyak di dalam piala tersebut dengan 5 jaringan dan Safee juga meyumbat 3 goal penting di dalam aksi kelayakan Piala dunia antara Singapura baru2 ini.
”Tawaran ini datang betul dalam masanya, saya pun taklah ingin macam sangat pergi ke tempat lain cuma ini mungkin adalah satu tawaran yang betul. Saya rasa tawaran ini selepas perlawanan Singapore dan mereka melihat prestasi saya dan saya pun terkejut lah dengan pangillan dari pasukan sana. Saya pun sekarang belum dapat tawaran (Contract) yang rasmi dari pasukan sana lah kan” Kata2 Safee kepada Astr0 Arena di Shah Alam.
Tetapi semua ini terletak kepada pengesahan rasmi dari kelab Jerman itu dan kini masih belum tahu kelab yang mana Safee bakal akan menyertai.
”saya hanya mendapat khabar dari sana jelah untuk mereka berminat untuk ini lah, tetapi saya belum dapat confirmasi yang betul2 jelas dengan tawaran itu. Saya pun tidak boleh comment terlalu banyak” Kata2 Safee kepada wartawan Astro Arena.
Jika ini menjadi kenyataan, satu lagi sejarah bakal tercipta selepas Safee Sali menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di Liga Super Indonesia bersama kelab Pelita Jaya.
Buat masa sekarang, hanya dua pemain Malaysia yang pernah beraksi di Jerman iatu Mohd Fadzli Saari dan Rudie Ramli yang pernah berakasi untuk SV Wehan yang kini bermain di dalam Liga 3rd Germany. Mereka berdua kini sedang bermain untuk Selangor.
ATTENTION: THIS IS XTULY COPY PASTE NEWS FROM KAKIGOL.COM...FOR MORE DETAILS U OLL CAN STRAIGHT AWAY TO KAKIGOL.COM OFICIAL SITE..


Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...