Mr. Bean ‘Terselamat’ Dalam Kemalangan

Mr. Bean 'Terselamat' Dalam Kemalangan

Pelawak Rowan Atkinson nyaris maut semalam selepas dia merempuh keretanya yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta).
Pelakon bintang Mr. Bean dan Blackadder, 56, berada dalam kereta McLaren F1 – satu daripada hanya 100 di dunia – apabila ia berpusing tiga kali, rempuh pokok dan tanda laluan.
Dia keluar daripada kereta berkelajuan 230mph itu dengan kecederaan bahu. Satu sumber berkata: “Ia satu keajaiban dia terselamat”. Tidak ada kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.
Atkinson telah dibawa ke Hospital Peterborough City. Dia pernah merosakkan bahagian depan kereta itu dalam satu kemalangan sebelum ini, dengan sebuah Rover Metro di Lancashire pada tahun 1999.
Dia kemudian bercakap tentang kemalangan itu, dengan mengaku: “Kemalangan itu berlaku pada kelajuan sangat rendah dan oleh itu ia tidak ada kena-mengena dengan cara saya mengendalikan kereta, syukur kepada Tuhan.
“Saya sangat-sangat bertuah.”
Pada tahun 2001, kereta Aston Martin V8 Zagato miliknya pernah berlanggar dengan satu halangan jalan di satu pertemuan penggemar-penggemar kereta di Yorkshire.
Dan pada tahun 2009 pada satu malam romantik kereta lumba Jaguar 1952 miliknya tiba-tiba meletup terbakar.

Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...