IKLAN RAMADHAN 8TV 2011 TELAH DITARIK BALIK SIARANNYA???

iklan puasa (Video) Iklan Puasa Ramadhan 2011   8TV Yang Telah Ditarik Balik Siarannya
Tahun iklan TV3 yang menerima kritikan, tahun 2011 ini giliran 8TV menerima nasib yang sama apabila iklan puasa 2011 daripada 8TV mendapat bantahan daripada orang ramai. Stesen TV Tempatan, 8TV menarik balik iklan Puasa 2011 yang dilihat kontroversi daripada sesetengah pihak.
Antara kritikan yang diterima untuk iklan puasa 2011 tersebut termasuklah:
  • Menunjukkan gadis yang berbangsa Cina yang bertindak teruk dalam situasi yang berlainan di gerai-gerai bazar Ramadhan atau dalam bahasa mudahnya  bersifat perkauman
  • Menggambarkan gadis Cina dalam iklan puasa tersebut kurang ajar, tamak dan berpakaian tidak sopan di dalam tempat awam (khususnya Bazaar Ramadhan)
Bagi kami sendiri tidak nampak pun iklan puasa 2011 ini sebagai rasis. Tiada sentimen menghina cumanya bukan sahaja orang Cina perlu berpakaian sopan, berkelakuan elok di tempat awam malah semua kaum dan etnik di Malaysia pun juga begitu. Cumanya pelakon sahaja Cina. Ini kerana kalau dilihat kepada sasaran penonton 8TV selama ini memang majoritinya berbangsa Cina. Jadi memang sesuailah kan? Siapapun pelakonnya tidak perlu diperbesarkan sebenarnya, tetapi paling penting mesej apa yang ingin disampaikan.
“Janganlah dilihat siapa yang memberi nasihat, tetapi lihat dan pandanglah dengan mata hati nasihat yang ingin disampaikannya”
Walaubagaimanapun, salah satu iklan Petronas yang mana berkisar tentang sekawan warga emas bangsa cina yang masing-masing sibuk berceritakan tentang kejayaan anak masing-masing tetapi, tiada seorang pun yang rajin menjenguk mak sendiri kecuali ada seorang anaknya yang kerap betul datang membawa emaknya keluar bersiar-siar walaupun cuma memandu Kereta Iswara sahaja. Memang makan dalam iklan Petronas tu.
Tetapi sayang Iklan itu sekejap sahaja, dah tiada dah sekarang ini. Mungkin ada yang membuat bantahan dan aduan.
P/S : Inilah video iklan Puasa 2011 daripada 8TV yang kontroversi itu. Berikan pandangan selepas menonton video di bawah ini :





100% diambil dr OHDUNIAKU.COM

Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...