BAKTERIA DALAM ORAL-B?

BACTERIA IN ORAL-B PRODUCTS?




Pengeluar Protector and Gamble di INDONESIA menarik ubat kumur 'Oral-B Tooth and Gum Care Mouth Rinse' dan 'Oral-B Tooth and Gum Care Alcohol-Free Mouth Rinse' dari pasaran Indonesia setelah dikesan adanya kandungan bakteria Burkholderia anthina.
Selain di Indonesia, produk ini juga dikatakan ditarik peredarannya di beberapa negara, termasuk Kanada, Mexico, Chile, Colombia, China, Malaysia dan Filipina. Ubat kumur bermasalah ini dihasilkan di Colombia. MALAYSIA PON ada?xdengar cerita pon!!!

Apakah bahayanya bakteria Burkholderia anthina terhadap kesihatan?
Pihak Berkuasa Kesihatan Singapura menyebutkan, orang sihat yang menggunakan ubat kumur Oral B tidak perlu terlalu bimbang. Tetapi, bagi yang menghadapi masalah kesihatan atau imuniti rendah, seperti penyakit paru-paru kronik, lebih terdedah kepada jangkitan bakteria ini. Disyorkan agar segera memeriksa diri ke doktor.
Burkholderia anthina adalah ahli Burkholderia cepacia complex (B. cepacia complex). Bakteria ini termasuk kelompok bakteria gram negatif dan berada di pelbagai persekitaran berbeza.
Bakteria boleh ditemui di dalam air, tanah dan persekitaran lembab lain. sama seperti Proteobacteria lain, seperti Escherichia, Salmonella, Vibrio, Helicobacter, Burkholderia anthina adalah patogen yang bertanggung jawab untuk fiksasi nitrogen.
Sebuah penelitian menyebut, Burkholderia cepacia menyebabkan fibrosis dan menjadi ancaman di pelbagai hospital di Amerika Syarikat. Sebab, B. cepacia secara inheren tahan terhadap antibiotik ganda, baik antibiotik alami mahupun buatan.
Penyelidikan yang dilakukan Holmes, Govan dan Goldstein mengungkap, strain B. cepacia muncul secara rawak, sehingga penggunaan herbisida pada lahan pertanian harus dilakukan secara hati-hati. 

sumber: VIVANEWS

Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...