DI SEBALIK BRUNO MARS

BRUNO MARS.......

 Bruno Mars live in KL 2011

Bruno Mars LIVE in Kuala Lumpur Concert Details


Time: 8.00 PM
Date: 10th April 2011
Venue: Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, 41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Ticket Prices: RM125, RM153, RM259 <-- Note they are ALL Sold Out! 







DULU, sebelum menjadi terkenal seperti sekarang, lelaki kulit hitam yang meninggalkan bandar Hawaii kerana berpendapat muzik tidak dapat berkembang di sana pernah menjadi penipu demi sesuap nasi.
Waktu meninggalkan Honolulu, Hawaii dan menjadi gelendangan di bandar besar seperti Los Angeles, dia tidak punya cukup wang untuk membayar sewa rumah. Jauh sekali bermewah. Justeru untuk memastikan dia bernafas pada hari-hari seterusnya, harus ada pengorbanan yang dilakukan.
"Pengorbanannya adalah menjadi penipu. Saya memberitahu pada pengusaha sebuah kelab bahawa saya adalah seorang DJ.
"Lalu saya berjaya menjadi DJ di kelab tersebut. Namun ia tidak lama selepas mereka mengetahui sebenarnya saya tidak pandai menggesek cereka padat pun, jauh sekali menghiburkan pengunjung sebagai seorang DJ profesional," katanya sambil ketawa mengenang kisah lampau dirinya.
Dia, Peter Gene Hernandez atau dikenali dunia dengan nama pentas Bruno Mars, tahun ini baru mencecah usia 26 tahun. Tapi sudah jauh dia berjalan. Biar hanya mula terkenal pada tahun 2009, namanya melambung tinggi, apatah lagi portfolionya sebagai seorang komposer kemas bersusun dengan menjadi tulang belakang penyanyi berprolifik tinggi seperti Brandy, Adam Levine, Flo Rida serta Travie McCoy.
Mars kemudian semakin menjadi sebutan ramai apabila dinobatkan sebagai Vokal Lelaki Terbaik menerusi lagu Just The Way You Are dalam anugerah Grammy yang lalu selain dicalonkan untuk enam kategori lain dalam anugerah yang sama.
"Tercalon di dalam Grammy adalah satu hal yang cukup besar bagi saya. Malah dengan tujuh pencalonan dan bersaing sengit bersama Eminem yang mendahului 10 pencalonan, ia adalah hal yang luar biasa bagi saya," katanya yang tercalon menerusi album debutnya Doo-Wops & Hooligans.
MARS mempunyai cita-cita untuk bekerjasama dengan grup Coldplay.


Malah pada tahun 2010, dia sendiri telah diangkat sebagai pemilik Lagu Terbaik Sepanjang Tahun menerusi lagu Nothin' on You dalam anugerah Soul Train Music.
Ironi, muzik bukanlah satu yang asing bagi lelaki ini. Sebaliknya dia telah mula terjebak dengan dunia muzik seawal usia dua tahun. Ini kerana ayahnya merupakan seorang pemuzik manakala ibunya adalah penyanyi di kelab-kelab malam.
Dia menjadi 'Elvis Presley' dalam slot sendiri bersama ibu dan bapanya. Kata Mars: "Ayah seorang peminat fanatik muzik 50-an. Dia berminat dengan Little Richard, Elvis dan Ray Charles. Saya pula tertarik dengan Elvis selepas melihat beberapa videonya yang membuat banyak wanita histeria.
"Jadi sebagai anak kecil pada waktu itu, saya melihat ia adalah menarik. Lalu saya naik ke atas pentas supaya saya dapat menarik orang kerana minat saya iaitu menyanyi."
Bagaimanapun hajat menjadi penyanyi sejati tidak datang bergolek. Penghijrahan yang dibuat ke Los Angeles dengan impian besar menjadi penyanyi tidak kesampaian. Mengaku telah mempersona banyak penerbit dengan vokalnya, namun tidak ada seorang komposer pun yang sudi memberi lagu kepadanya pada waktu itu.

BRUNO MARS akan menggegarkan Malaysia pada 10 April ini melalui konsert sulungnya, Doo-Wops & Hooligans World Tour.


Lantaran itu kata Mars dia terpaksa menipu menjadi seorang DJ, selain dalam masa yang sama, dia belajar menulis lagu sendiri.
"Saya telah menyanyi di hadapan orang yang betul dan mendapat peluang menjadi penyanyi. Tetapi ia berhenti setakat itu apabila tidak ada komposer yang mahu menulis lagu untuk saya.
"Saya sangat kecewa dan saya berkata kepada diri sendiri, saya akan melakukannya sendiri tanpa bantuan orang jika itu adalah jalan terbaik untuk saya menjadi artis. Jadi itu yang saya lakukan.
"Satu hari, seorang lelaki telah mendengar karya saya dan dia meminta lagu tersebut untuk diberikan kepada sebuah grup bernama Menudo. Saya menolak permintaan tersebut dengan keras kerana berpendapat karya seni saya tidak boleh diberi kepada sebuah boy band.
"Namun lelaki tersebut menjawab, dia akan membayar saya sejumlah wang yang agak lumayan untuk lagu tersebut dan ia telah membuka mata saya tentang bisnes dunia hiburan. Jadi ia membuat saya berfikir bahawa mungkin saya belum ditakdirkan menyanyi penyanyi pada waktu itu, sebaliknya saya boleh membuat duit dengan menjual karya saya kepada orang lain. Itu apa yang terjadi sehingga pihak Elektra Records mengambil peluang. Lalu saya menulis Nothin' on You dan bersetuju untuk saya yang menyanyikan lagu itu berbanding orang lain. Maka perjalanan baru sebagai penyanyi pun bermula," cerita Bruno panjang lebar.

SEBELUM terkenal sebagai penyanyi, dia terlebih dahulu popular sebagai komposer.


Bercakap mengenai Doo-Wops & Hooligans, Mars yang pernah menganggotai sebuah kumpulan reagge sewaktu di kampung halamannya menjelaskan sengaja dia memilih doo-wop kerana dia membesar dengan aliran muzik tersebut. Malah dia menggemari penyatuan lirik yang tidak terlalu puitis tetapi berkesan dengan melodi seperti yang dihasilkan untuk lagu Nothin' on You dan Just the Way You Are.
"Pendek kata saya sukakan sebuah lagu yang ringkas, tetapi mempunyai tarikan yang kuat," katanya yang turut menampilkan anak bongsu Bob Marley, Damian Marley di dalam album tersebut menerusi lagu Liquor Store Blues.

Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...