WikiLeaks ada satu lagi fail misteri

Laman web WikiLeaks menggesa orang ramai memuat turun satu fail 'insurans' misteri yang dipercayai menyimpan maklumat yang akan disebarkan jika pengasasnya, Julian Assange dibunuh, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam satu mesej di laman jaringan sosial Twitter semalam, WikiLeaks menyiarkan pautan kepada fail dikenali sebagai Pirate Bay bersama komen: "Kini adalah masa sesuai untuk memuat turun 'insurans sejarah".
Fail gergasi itu yang bersaiz hampir 2 Gigabit (GB), dipercayai menyimpan beribu-ribu dokumen rahsia Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan untuk memalukan kerajaan dan berpotensi menjejaskan hubungan AS dengan negara-negara sekutunya. Fail tersebut berada di Internet sejak musim panas tahun ini dan ia dikunci dengan menggunakan kod rahsia.
Jika berlaku kematian Assange, kunci rahsia itu akan dibuka sekali gus mendedahkan dokumen-dokumen sulit tersebut kepada sesiapa yang memuat turun fail itu dan memiliki kuncinya. Tidak dapat dipastikan mengapa WikiLeaks kini menggesa pengguna Internet supaya memuat turun fail berkenaan tetapi keputusan itu dipercayai berkemungkinan kerana ia merancang untuk mendedahkan kuncinya tidak lama lagi. - Agensi

Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...