'TRON: Legacy' catat kutipan tertinggi box-office Amerika

POSTER Tron: Legacy
POSTER Tron: Legacy:

 Filem sains fiksyen "TRON: Legacy" keluaran Disney mengungguli rekod box-office Amerika Utara untuk minggu sulung penayangannya dengan mengumpul AS$43.6 juta. 

Jumlah kutipan filem arahan Jeff Bridges itu jauh lebih tinggi daripada saiangan rapatnya, “Yogi Bear,” - filem berunsur 3 Dimensi (3D) untuk minggu pertamanya di pawagam.

Yogi hanya mengumpul AS$16.7 juta, menurut data yang dikeluarkan Exhibitor Relations semalam.
Tempat ketiga tertinggi ialah filem terbaru “The Chronicles of Narnia” - “Voyage of the Dawn Treader” — filem kanak-kanak klasik berdasarkan buku C.S. Lewis yang mengumpul AS$12.4 juta. 

Filem tinju Mark Wahlberg, “The Fighter” menduduki tempat keempat dengan mengumpul kutipan AS$12.2 juta manakala filem thriller romantik, “The Tourist,” yang menampilkan gandingan Johnny Depp dan Angelina Jolie pula kelima dengan kutipan AS$8.7 juta. 

Artikel yang berkaitan



2 comments:

.::cEritEra Hati FaTiN::. said...

hee..baru tengok tron semalm..;)

tHeEvILvIRyUsz said...

wah bestnya....xsabar nk tengok..xtully xtengok lg...xda mase..he3x

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...