harry potter and the deadthly hallows part 1



SINOPSIS
"HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS™"- filem yang di tunggu-tunggu memasuki siri ke-tujuh dan berada dalam pengembaraan terakhir yang mengandungi 2 bahagian.

 
Bahagian 1 bermula apabila Harry, Ron dan Hermione berada dalam misi berbahaya untuk menjejaki dan memusnahkan Horcruxes - rahsia keabadian dan kekuatan Voldemort. Tanpa bantuan dari pensyarah mereka serta perlindungan dari Professor Dumbledore, mereka bersatu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi, Dark Forces cuba untuk menentang dan memisahkan mereka.

 
Sementara itu, dunia sihir telah menjadi tempat yang paling bahaya untuk semua musuh Dark Lord. Peperangan bermula dan Voldemort’s Death Eaters telah merebut kuasa Kementerian Sihir dan juga Hogwarts di mana mereka mengganas dan menahan semua yang menentang mereka.

 
Harry merupakan satu-satunya harapan untuk menemui Horcruxes sebelum Voldemort menemuinya. Tetapi, semasa Harry mencari petunjuk, Harry telah membongkar satu kisah lama yang hampir dilupakan iaitu Lagenda Deathly Hallows. Sekiranya lagenda itu bertukar menjadi realiti, Voldemort akan mendapat satu kuasa hebat yang di cari-cari selama ini.

 
Harry tahu yang masa depannya telah ditentukan oleh masa silamnya di mana pada hari penentuan dia akan menjadi "the Boy Who Lived". Bukan sekadar budak lelaki, Harry Potter digambarkan memikul tanggungjawab untuk memusnahkan Voldemort di mana dia telah pun bersedia pada hari pertama dia memasuki Hogwarts.

 
"HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS™" diarahkan oleh David Yates sama seperti filem sebelumnya, "Harry Potter and the Order of the Phoenix" dan "Harry Potter and the Half-Blood Prince". Bersama-sama penerbit David Heyman, David Barron, dan J.K. Rowling juga telah menjayakan filem ini. Penulis Skrin Steve Kloves telah mengadaptasi lakon layar berdasarkan buku oleh Rowling manakala Lionel Wigram adalah penerbit eksekutif filem ini.

 
Para pelakon utama filem ini adalah Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson di mana watak mereka sebagai Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger.

 
Pelakon tambahan filem ini termasuk Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Tom Felton, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Brendan Gleeson, Richard Griffiths, John Hurt, Jason Isaacs, Bill Nighy, Alan Rickman, Fiona Shaw, Timothy Spall, Imelda Staunton, David Thewlis, Julie Walters dan Bonnie Wright.


Di sebalik tabir, pasukan kreatif di ketuai oleh pengarah fotografi Eduardo Serra, pereka produksi Stuart Craig, editor Mark Day, komposer Alexandre Desplat, pereka kostum Jany Temime, dan penata bunyi Tim Burke.

 
Warner Bros. Pictures mempersembahkan sebuah filem hasil terbitan Heyday Films - "HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS™", filem terakhir yang ditunggu-tunggu abad ini. "HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS™ - BAHAGIAN 1" akan mula ditayangkan di seluruh dunia pada 19 November 2010 dan Bahagian 2 bermula pada 15 Julai 2010.


Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.harrypotter.com/

Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...