rakyat MALAYSIA popular di internet


DALAM satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian.
Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.


Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.
Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.


"Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.
 
Sebab itulah, jaringan sosial itu dianggap sangat bernilai bagi mereka terus berhubung dengan teman-teman yang jauh.
 
"Saya pernah tidak mempedulikan Facebook untuk sementara hinggalah saya tidak mempunyai pilihan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding e-mel.
Bagi Pengarah Digital Bahagian Dalam Talian Nielsen, Mark Higginson, cara rakyat sesebuah negara menggunakan media sosial dipengaruhi ciri kenegaraan masing-masing. Perkara itu diperjelaskan melalui reaksi keterbukaan rakyat Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia, berbanding rakyat negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan yang konservatif.

"Jepun adalah pengguna besar media sosial cuma mereka hanya tidak begitu serasi dengan Facebook manakala penggunaan platform Twitter baru saja hendak dibiasakan.

"Blog juga popular di Jepun. Namun, pengisiannya adalah lebih kepada catatan peribadi dan bukannya perbincangan terbuka. Jadi, saya fikir ia sesuai dengan budaya Jepun yang berkonsep pengenalan wajah dan profil yang tersusun," ujar Higginson.

Dalam pada itu, rakyat Korea lebih suka portal tempatan yang memaparkan forum perbincangan manakala di China, aktiviti paling popular adalah permainan sosial dalam talian.

"Penerimaan media sosial sangat meluas dan pelbagai. Daripada pemerhatian di negara-negara Asia Pasifik, kami menemukan maklumat yang berbeza dan menakjubkan. Higginson menambah, perbezaan tersebut memberi implikasi tertentu terhadap dunia bisnes.

"Satu acuan tidak sesuai untuk digunakan di kesemua kawasan seperti Asia Pasifik. Anda boleh memiliki strategi media sosial yang sama di seluruh Eropah, tetapi di sini, memahami landskap tempatan sangat penting," jelas Higginson.


Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...