KERETA JAMES BOND DILELONG

Sebuah kereta Aston Martin DB5 berwarna perak yang pernah dipandu oleh pelakon Sean Connery dalam filem Goldfinger dan Thunderball dilelong di sini kelmarin pada harga £2.6 juta (RM12.8 juta).  Kereta unik yang mempunyai mesingan, nombor pendaftaran yang boleh berputar dan gear khas itu dibeli oleh pengumpul kenderaan klasik dari Ohio, Amerika Syarikat (AS), Harry Yeaggy. Yeaggy, seorang ahli perniagaan yang mempunyai sebuah muzium peribadi di Ohio, berkata, dia tidak sabar untuk memandu kereta itu yang boleh bergerak selaju 233 kilometer sejam. Menurutnya, kereta itu tidak pernah dilelong sebelum ini menyebabkan ia menjadi daya tarikan tinggi kepada pengumpul kereta klasik. Pemilik asal kereta itu ialah pemilik stesen radio WBEB dari Philadelphia, AS, Jerry Lee.
Lee membeli kereta itu pada 1969 dengan harga AS$12,000 (RM37,296).
Lee berkata, hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada sebuah yayasan miliknya untuk melakukan projek pendidikan dan antijenayah di peringkat antarabangsa.
Menurut, Ketua Pengarang majalah Classic & Sports Car Magazine, Mick Walsh, ia merupakan satu-satunya kereta filem James Bond yang tulen. Kereta itu turut dilengkapi dengan alat pengesan, bumbung yang boleh dibuka, penyembur minyak, alat pelindung kalis peluru dan skrin asap.Semua peralatan itu dikawal oleh togol dan suis tersembunyi.Kereta Aston Martin itu dibuat dengan gabungan reka bentuk Itali dan kejuruteraan Britain.


Filem James Bond telah mempopularkan kereta Aston Martin walaupun kenderaan buatan tangan itu dianggap dijual pada harga yang amat mahal.

Artikel yang berkaitan



0 comments:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...